Monday, June 2, 2008

Baca dari Samping....lucunyer


Sedang melukis apakah?


Aids Masih Ada dan Tetap Mematikan


Petua Untuk Gadis



1.Terlalu lama berdiri - merosakkan tulang. Urat - urat sekitar kaki menjadi kembang. Liang vagina sentiasa basah.

2. Terlalu lama duduk - merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi penyakit tua. Tubuh badan menjadi kendur.

3. Terlalu lama berjalan - merosakkan urat. Dalam pada itu haid akan menjadi tidak teratur dan tidak menentu masanya.

4. Terlalu lama melihat - merosakkan darah. Darah haid menjadi lebih kotor dari kebiasaannya.

5. Terlalu banyak tidur - merosakkan tenaga. Menjadi pemalas. Jauh jodoh.Selalu berangan-angan. Urat - urat disekitar rahim menjadi tidak kuat. Mudah dijangkiti kemandulan.

6. Terlalu riang/gembira - merosakkan usus. Mudah dijangkiti keputihan pada liang vagina.

7. Terlalu kerap marah - merosakkan hati. Cepat kelihatan tua.

8. Terlalu banyak berfikir - merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut.Haid tidak menentu & dalam waktu tidur kerap mengalami sentakan kaki atautangan. Kesihatan rahim sekitarnya mudah terjejas.

9. Terlalu banyak bersedih - merosakkan jantung.

10. Terlalu merana - merosakkan paru-paru.

11. Terlalu takut - merosakkan ginjal. Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.

12. Terlalu kerap terkejut - merosakkan pundi hempedu. Gejala pening kepala kerap dialami. Haid menjadi tidak menentu dan pendarahan yang terkadang terlebih.

13. Terlalu banyak makan - merosakkan pencernaan. Mudah mengalami keletihan,malas dan selalu mengantuk. Liang vagina kurang bersih (semakin banyak'ragam' lauk/makanan yang dimakan, semakin terjejas kesihatan dan kebersihan liang vagina)

14. Terlalu banyak minum minuman berais - merosakkan otot & lambung. Badan dan payudara menjadi lembik. Berat badan meningkat. Mudah diserang penyakit& tidak kelihatan awet muda

15. Terlalu banyak masa lapang - merosakkan fikiran. Kelapangan masa yangterlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dgn aktiviti hidup yg positif ..





Wasiat Rasululullah s.a.w



ADAB UZ-ZIFAF Ahmad telah menceritakan : “Telah menceritakan kepada kami oleh ‘Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripada Al-Khudri yang berkata : “Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda :

1. “Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya. Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian Allah mengeluarkan tujuh puluh ( 70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu, dan Allah s.w.t. menurunkan tujuh puluh ( 70 ) rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera da! ri penyakit gila, sawan (gila b**i) dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut. Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat ( 4 ) jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu :

1. Susu
2. Cuka
3. Coriander (Ketumbar)
4. Apple Masam”

Saidina Ali r.a bertanya : “Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?” Baginda menjawab : “Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak.” Saidina Ali r.a bertanya : “Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan).” Baginda menjawab : “Apabila ia minum cuka! semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna. Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran. Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya.”
2. “Wahai Ali..! janganlah engkau berjima’ dengan isterimu pada awal (hari pertama) bulan, pada pertengahannya (sehari) dan pada akhir (dua hari) di hujung bulan. Maka sesungguhnya penyakit gila, gila b**i dan sopak mudah mengenainya dan anaknya.”
3. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan isterimu selepas zuhor, sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak kerana jima’ pada waktu itu, maka ia akan bermata juling dan syaitan sangat suka kepada manusia yang bermata juling.”
4. “Wahai Ali..! janganlah bercakap-cakap semasa jima’, sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak dengan jima’ yang demikian, maka anak itu tidak selamat daripada bisu.”
5. “Wahai Ali..! janganlah lihat kepada faraj perempuanmu dan jagalah pandanganmu sewaktu berjima’, (jika tidak) sesungguhnya mewarisi buta – iaitu anak.”
6. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan perempuanmu dengan syahwat terhadap perempuan lain, maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kepadamu berdua anak, anak itu akan menjadi pondan yang bersifat benci dan hina.”
7. “Wahai Ali..! jika kamu berjunub di tempat tidur, janganlah membaca Al-Quran, maka sesungguhnya aku bimbang akan turun kepada kamu berdua api (bala) dari langit yang membakar kamu berdua.”
8. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ de! ngan isterimu kecuali ada padamu satu tuala dan pada isterimu satu tuala.”
9. “Wahai Ali..! janganlah kamu berdua menyapu dengan menggunakan satu tuala, nanti akan jatuh syahwat keatas syahwat (salah seorang akan kuat syahwatnya daripada yang lagi satu), maka sesungguhnya yang demikian itu akan mengakibatkan permusuhan kemudian membawa kamu berdua kepada berpecah dan talak.”
10. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu secara berdiri, maka sesungguhnya yang demikian itu daripada perbuatan kaldai, jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, maka anak itu sentiasa kencing di tempat tidur seperti kaldai yang suka kencing di merata-rata tempat.”
11. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan isterimu pada malam ‘Aidil Fitri (Raya Puasa), maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak anak itu seorang yang cacat dan tidak mendapat anak baginya kecuali sudah tua.”
12. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ deng! an isterimu pada malam ‘Aidil Adha, maka sesungguhnya jika kamu berdua berjima’ pada malam tersebut, apabila Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak aku bimbang ia akan menjadi seorang yang berjari enam atau empat.”
13. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu di bawah cahaya matahari (secara langsung – direct) dan terkena warna (cahayanya), kecuali kamu mengenakan tutupan (bumbung), jika tidak maka sesungguhnya kalau Allah mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi seorang sentiasa hidup dalam meminta-minta dan faqir sehingga mati.”
14. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu di bawah pohon kayu yang berbuah, maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi seorang tukang gojo, tukang sebat atau seorang ketua yang bengis,”
15. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu sewaktu antara azan dan iqomah, jika berjima’ pada waktu demikian, sesun! gguhnya jika Allah mengurniakan anak pada kamu berdua, nanti ia menjadi seorang yang menumpahkan darah.”
16. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu semasa ia hamil kecuali kamu berdua berwudhu’, jika tidak maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak, nanti ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan.”
17. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada pertengahan (Nisfu) Sya’ban, maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak,nanti anak itu akan mempunyai tanda yang jelek pada muka dan rambutnya.”
18. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada akhir bulan (yakni tinggal dua hari) maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak nanti anak tersebut menjadi seorang yang sentiasa perlu meminta-minta.”
19. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu dengan syahwat terhadap saudara perempuannya ! (ipar kamu) kerana yang demikian itu sesungguhnya kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim dan pada tangannya membuat kebinasaan kepada manusia.”
20. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu di atas loteng maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan anak kepada kamu berdua nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas.”
21. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar musafir kerana yang demikian itu sesungguhnya kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, ia akan membelanjakan harta kepada yang tidak Haq,” dan Rasulullah s.a.w. membaca ayat Al-Quran : “Innal Mubazziriina kaanu – ikhwan Nas – Syayathin.”
22. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam, maka yang demikian itu sesungguhnya bil! a Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti ia menjadi seorang pembantu kepada setiap orang yang zalim.”
23. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada awal malam, maka sesungguhnya jika dikurniakan anak kepada kamu berdua, ia menjadi seorang tukang sihir, sunglap, dan menghendaki dunia daripada akhirat.” ANJURAN BERJIMA’
24. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu bacalah : “Allahumma Jannibnis Syaitan Wajanibis Syaitan Mimma Rozaktani.” Maka yang demikian itu kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu anak, tidak dimudaratkan oleh syaitan terhadapnya selama-lamanya.”
25. “Wahai Ali..! hendaklah kamu berjima’ dengan isterimu pada malam Isnin maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh kepada kitab Allah (Al-Quran) dan redha terhadap segala pemberian Allah s.w.t. (baik d! an buruk Qada’ dan Qadar Allah).”
26. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu pada malam Selasa, Allah s.w.t. akan memberi kepada kamu berdua anak yang mendapat nikmat Mati Syahid sesudah syahadah : ‘Anla ilahaillallah wa anna Muhammada ar-Rasulullah’ dan Allah s.w.t. tidak azabkannya (turun bala kepadanya) bersama-sama orang musyrikin, mulutnya berbau harum yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu-domba.”
27. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu malam Khamis, maka Allah s.w.t. akan mengurniakan kepada kamu berdua anak yang bijaksana, atau seorang yang alim,di kalangan orang-orang yang alim.”
28. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu sewaktu matahari di tengah langit, Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua seorang anak yang tidak di hampiri syaitan sehingga ia beruban (tua) dan menjadi seorang yang faqih serta Allah s.w.t. rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia.” !
29. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu pada malam Jumaat dan nanti anak kamu berdua adalah seorang pemidato yang berwibawa dan petah.”
30. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu pada hari Jumaat, selepas Asar, Allah s.w.t. akan kurniakan seorang anak yang terkenal, masyhor dan alim.”
31. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu pada malam Jumaat selepas Isyak yang akhir, maka sesungguhnya di harapkan anakmu nanti menjadi seorang yang abdal (terkemuka),” “WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU TELAH MEMELIHARANYA DARI JIBRIL A.S.”…..1* (1*) Al-Ikhtisyaah, ms 132-135, As-Saduq, Al-Faqih ms 456, Al- Ilal ms 174.

Panjang Lebih Nikmat?


Isu kesihatan lelaki yang tidak putus-putus diperbincangkan oleh mana-mana lelaki seluruh dunia ialah soal panjang dan pendeknya anggota kemaluan mereka. Jika wanita sibuk membicarakan soal buah dada, lelaki pula sibuk bercakap tentang kemaluan mereka.Jika ditinjau pada laman web berkaitan dengan perkara pembesaran zakar, lebih 50 peratus laman web yang membincangkan isu tersebut secara terbuka termasuk rawatannya. Bagaimanapun, laman web tersebut hanyalah laman web komersial yang kebanyakannya memperkenalkan alat untuk membantu membesarkan zakar.

Isu kesihatan lelaki yang tidak putus-putus diperbincangkan oleh mana-mana lelaki seluruh dunia ialah soal panjang dan pendeknya anggota kemaluan mereka. Jika wanita sibuk membicarakan soal buah dada, lelaki pula sibuk bercakap tentang kemaluan mereka.Jika ditinjau pada laman web berkaitan dengan perkara pembesaran zakar, lebih 50 peratus laman web yang membincangkan isu tersebut secara terbuka termasuk rawatannya. Bagaimanapun, laman web tersebut hanyalah laman web komersial yang kebanyakannya memperkenalkan alat untuk membantu membesarkan zakar.

Ini termasuklah pam vakum atau alat penile extender, alat penarik zakar dan pil-pil herba yang kononnya dapat membesarkan tisu dalam zakar ke tahap yang diinginkan lelaki. Ada juga laman web yang menawarkan rawatan pembedahan untuk pembesaran zakar.Tinjauan rambang yang pernah dilakukan di Amerika Syarikat (AS) dan beberapa buah negara lain berkenaan pendapat pasangan wanita tentang saiz dan bentuk zakar serta bandingan kepada teknik persetubuhan, mendapati lebih 60 peratus wanita Barat rasa tidak puas hati tentang saiz dan bentuk zakar pasangan lelaki mereka. Lebih 70 peratus daripada mereka menyatakan antara teknik bersetubuh dengan saiz zakar, mereka memilih teknik bersetubuh. Ini kerana mereka lebih selesa dengan sentuhan intim dan tumpuan pasangan kepada mereka daripada sentuhan kasar pasangan yang mementingkan diri sendiri.

Satu kajian yang pernah dilakukan di Universiti Kebangsaan Singapura tentang saiz zakar lelaki keturunan Cina, Melayu dan India mendapati, kesemua lelaki tersebut mempunyai saiz zakar yang berukuran lebih kurang 12 sentimeter dan lilitan 11 sentimeter semasa terangsang. Ia lebih daripada mencukupi untuk melakukan hubungan seksual tanpa keraguan tentang kekurangan anggota kelamin mereka. Dalam kajian yang sama juga didapati saiz zakar dalam keadaan tidak menegang tertakluk kepada beberapa faktor.

Antaranya, kesihatan lelaki, keadaan minda, tahap rangsangan, kekerapan melakukan hubungan seksual dan umur lelaki itu. Sehubungan itu, keadaan zakar waktu terangsang dan pada waktu tidak terangsang berubah-ubah dengan faktor tersebut.

Sebagai contoh, lelaki yang kerap melakukan hubungan seksual, akan mendapati anggota kelaminnya sentiasa tegap dan mantap, jika dibandingkan dengan lelaki yang kurang melakukan hubungan kelamin. Ini adalah perubahan semula jadi.

Secara umum, saiz zakar lelaki Cina dalam keadaan tidak terangsang ialah 8.3 sentimeter dari segi ukuran lilit zakar dan 8 sentimeter panjang. Lelaki India, 8.8 sentimeter dari segi ukur lilit dan 8.4 sentimeter panjang. Manakala, lelaki Melayu 8.6 sentimeter dari segi ukur lilit dan 7.8 sentimeter panjang. Bagaimanapun, lelaki Barat mempunyai kepanjangan 9.71 sentimeter dari segi ukur lilit dan 8.85 sentimeter panjang.

Kajian yang pernah dilakukan di unit urologi di beberapa buah klinik urologi swasta dan kerajaan tentang saiz zakar ketika dalam keadaan tegang (ketegangan dilakukan dengan menyuntik ubat pengembang otot zakar) mendapati, purata saiz zakar yang terpanjang ialah 16 sentimeter dan yang terpendek 8 sentimeter.

Zakar terpanjang yang pernah diperiksa di sebuah klinik sakit tuan ialah 24 sentimeter dan ukur lilitnya 16 sentimeter. Namun, lelaki tersebut bermasalah untuk bersetubuh dengan pasangan wanitanya. Terdapat juga lelaki yang mempunyai zakar yang kurang daripada ukuran tersebut dan bermasalah ketika melakukan persetubuhan. Bagaimanapun, kehamilan masih boleh berlaku akibat pancutan air mani di permukaan pintu faraj sekalipun tanpa tusukan.

Mengikut kajian Universiti Kebangsaan Singapura, perasaan kurang yakin tentang saiz dan bentuk zakar sedikit sebanyak mempengaruhi tahap ketegangan zakar. Justeru, tidak hairanlah jika zakar itu kelihatan tidak mantap atau kecil daripada biasa. Kajian pakar kesihatan seksual berkaitan dengan teknologi pembedahan pembesaran zakar mendapati, lelaki yang tidak puas dengan saiz dan bentuk zakarnya tidak akan rasa puas tentang hasil yang didapatinya selepas menjalani prosedur pembesaran zakar.

Walaupun saiz dan zakarnya telah meningkat 10 hingga 25 peratus, mengikut kemampuan hasil yang diberikan oleh prosedur tersebut. Lelaki tersebut akan berjumpa doktor lain untuk tujuan yang sama dan sudah tentu tidak akan rasa puas juga. Lelaki perlu tahu bahawa fungsi anggota kelaminnya ialah untuk menyalurkan air mani ke dalam faraj pasangannya untuk mendapatkan zuriat.

Zakar yang berukuran 6 sentimeter dalam keadaan tegang dapat disalurkan ke dalam faraj dan berkemampuan menyalurkan air mani ke dalam faraj. Berdasarkan pengalaman mengendalikan kes pasangan kelamin yang mengalami masalah kesuburan, saya mendapati zakar suaminya terencat (lebih kurang 3 sentimeter sebelum menegang dan 5 sentimeter semasa menegang) dan menghasilkan bilangan sperma yang banyak.

Isterinya berjaya hamil selepas masalah ovulasi dapat diatasi. Sehingga kini tidak pernah menyatakan ketidakpuasan hatinya berhubung kelamin suaminya yang kecil. Isu zakar kecil tidak timbul sama sekali untuknya. Isu ketidakpuasan wanita sebenarnya jarang berlaku kerana 1/3 bahagian faraj wanita di bahagian luar sahaja yang mempunyai rasa.Kebanyakan bahagian sensitif wanita terletak dekat luar dan bukan jauh ke dalam faraj.

Maka tidak hairanlah jika wanita tadi tidak rasa ralat kerana saiz zakar suaminya. Mengikut pengalaman beberapa wanita yang mempunyai banyak kekasih lelaki, mereka lebih selesa dengan kekasih lelaki yang mempunyai saiz zakar yang sederhana daripada saiz zakar yang besar.

Mereka juga mendapati kekasih yang suatu ketika dahulu mempunyai zakar yang kurus dan kurang mantap, lama-kelamaan menjadi lebih padat dan mantap, kerana anggota itu kerap digunakan. Jadi kekerapan penggunaan zakar memantapkan saiz dan bentuk zakar.

Malah, lelaki yang kerap mengurut zakar dengan minyak mendapati ketegangan zakarnya mantap dan membesar 1 hingga 2 sentimeter dalam masa 2 hingga 3 bulan, jika tidak diteruskan. Sama seperti lelaki yang menggunakan alat pam vakum selama setahun lebih, mendapati ketegangan zakarnya akan meningkat antara 2 hingga 4 sentimeter dari segi ukuran panjang atau ukuran lilitan. Bagaimanapun, ia tidak kekal dan akan menurun jika lama tidak menggunakannya.

Kesan sampingan berkaitan dengan penggunaan pam tersebut ialah melecet, kulit menebal, memanjang, boleh lebam jika penggunaan lebih setengah jam dan dalam keadaan penggunaan yang keterlaluan, otot zakar boleh rosak dan menjadi keras. Jadi mustahak untuk mendapat nasihat doktor terlebih dahulu dan pemeriksaan susulan dilakukan oleh doktor supaya perkara yang tidak diingini tidak berlaku. Zakar yang kecil akibat kekurangan hormon testosteron boleh diatasi dengan pengambilan hormon tersebut. Keadaan ini dikenali sebagai hipogonadisme.Pengambilan hormon testosteron perlu dalam kawalan doktor kerana ada kesan sampingan.


Terdapat beberapa herba yang menghasilkan `testosteron’ secara semula jadi yang dapat membantu memantapkan zakar. Tongkat ali ialah herba yang mempunyai fungsi yang sedemikian. Ia tidak berkesan kepada lelaki yang belum baligh. Ia berkesan kepada lelaki yang mempunyai tahap hormon testosteron yang normal (rendah).


Pembedahan untuk pembesaran zakar melibatkan penambahan otot kepada zakar dan tisu selaput untuk meningkatkan ukuran lilitan zakar. Untuk ukuran panjang, pembedahan seperti memotong ligamen zakar boleh dilakukan dan zakar akan kelihatan terjuntai dan `panjang’. Bagi lelaki yang tidak puas dengan saiz zakar, jangan melakukan perkara yang boleh merosakkan fungsi zakar seperti mendapat nasihat dan rawatan orang yang tidak bertauliah. Berjumpalah pakar dan dapatkan maklumat yang tepat.